MARI KITA SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN MAAHAD TAHFIZ INI
Pembangunan Madrasah ini telah tersentak dan menghadapi cabaran mengatasinya.
Kadar kewangan pihak Maahad Tahfiz hanya sekadar menampung kos-kos bulanan yang diperlukan. Maka, tidak cukup pula untuk menaik taraf pusat tahfiz dari aspek keselamatan dan keselesaan.
Kenali Maahad Tahfiz Al-Quran dan Hadis Ar Rahmah (MTQHR)
Sijil Pendaftaran Di Bawah Negeri Perak.
Maahad Tahfiz Al-Quran dan Hadis Ar-Rahmah (MTQHR) telah ditubuhkan sejak tahun 2016. Terletak di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Perak.
Sebahagian pelajar di sini merupakan golongan asnaf dan kesemua pelajar yang diterima masuk secara percuma tanpa dikenakan sebarang yuran pengajian.
Selain itu, kami juga dalam usaha untuk membeli tanah baru seluas ¼ ekar bersebelahan tapak madrasah untuk mewujudkan tempat riadah dan rehat bagi keselesaan para pelajar dan ibu bapa ketika sesi lawatan.
Untuk mengenali MTQHR lebih dekat, Anda boleh lihat Video MTQHR di dalam Slot JEJAK RASUL TV 3.
Kos sebanyak RM 41,000.00 diperlukan SEGERA bagi pembelian tanah untuk Maahad ini.
"Maka apabila engkau menolong seorang Penuntut ilmu dalam membeli buku-buku baginya, atau menyediakan asramanya, atau memberi infak kepadanya, atau yang semisal dengannya, maka engkau akan mendapatkan pahala seperti Penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun." - Asy-Syaikh Ibnul 'Utsaimin rahimahullah.
KONGSI REZEKI dengan PAKEJ TERBAIK sebanyak RM30 !!
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA !
SEMOGA SUMBANGAN ANDA INI DAPAT MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK BAGI USAHA YANG TELAH ANDA LAKUKAN DI DUNIA
Doalah supaya Allah kuatkan niat dihati untuk terus bersedekah. Jika sekarang anda rasa Ragu-ragu atau Berkira-kira, sebenarnya Syaitan sedang menghasut supaya anda tidak meneruskan perbuatan baik ini.