JOM RAIKAN PELAJAR TAHFIZ BERBUKA PUASA DAN SAHUR DI BULAN RAMADHAN.

“Seronokkan kalau bulan puasa tahun ni kita buat amalan lain pula iaitu bagi makan buat anak-anak tahfiz ni..”
CUBA BAYANGKAN KITA TAJA PELAJAR TAHFIZ
MAKANAN BERBUKA & SAHUR
Di Maahad Tahfiz, adik-adik ni tugas mereka membaca Al-Quran daripada selepas subuh sehinggalah waktu asar. Ada lagi yang sambung pulak sampai la sebelum tidur.
BAYANGKAN...
KITA BAGI MAKAN(TAJA) ADIK TAHFIZ SERAMAI 25 ORANG.
BUKAN SAHAJA KITA DAPAT PAHALA PUASA SEPERTI 25 ORANG BERPUASA.
MALAH !
Kita ni dapat semua pahala anak tahfiz ini.
✅Pahala Bacaan Al-quran dari pagi sampai malam.
✅Pahala solat dhuha, solat tahajjud, qiammulai.
✅Pahala semua kebaikan adik-adik ni kita akan dapat.
SubhanaALLAH..Berganda-ganda manfaat kita dapat untuk puasa kali ini.
Mari kita berikan keutamaan pada Bulan Ramadan ini agar kita juga dapat sama-sama memperolehi ganjaran dan kebaikan dari setiap amal jariah yang kita hulurkan.
———————————————————————————
KENALI KAMI SERBA SEDIKIT
Maahad Tahfiz Al-Quran dan Hadis Ar-Rahmah (MTQHR) telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan terletak di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Perak.
MTQHR adalah salah satu maahad yang memberikan pengajian percuma kepada semua pelajar mereka.
Ada diantara pelajar datang daripada keluarga asnaf dan suku Orang Asli. Mereka tak mampu bayar yuran, mujur ada tahfiz sebegini.
Untuk pengetahuan Tuan Puan, kos perbelanjaan makanan pelajar selama ini hanya datang dari sokongan ibu bapa serta masyarakat yang bermurah hati.
Oleh sebab itu, menjelang bulan Ramadan ini, kami membuka TABUNG IFTAR & SAHUR agar lebih ramai masyarakat yang dapat sama berkongsi rezeki dengan pelajar tahfiz disini.
Untuk mengenali MTQHR lebih dekat, Anda boleh lihat Video MTQHR di dalam Slot JEJAK RASUL TV 3.
Pelajar mungkin tak tahu siapa yang menaja, namun percayalah doa dari orang yang sentiasa bersama Al-quran ini, akan selalu ada untuk anda.
Tanpa sokongan anda, Ramadan mereka pasti tidak akan semeriah Ramadan kita.
TERIMA KASIH ATAS TAJAAN ANDA !
Kami Doakan Agar Tuan Puan Yang Budiman Dilimpahkan Rezeki Yang Mencurah-curah. Aamiin.
Disclaimer : jika peruntukan untuk ramadhan dah mencukupi, pihak maahad akan mengagihkan hasil sumbangan untuk kegunaan kos makanan selepas ramadhan'
Kami juga membuka peluang untuk Tuan Puan BERKONGSI REZEKI secara bulanan tetap dengan kaedah auto-debit serendah RM10 sebulan. Tuan Puan boleh tekan LINK di bawah untuk sertai :
>>> https://tahfizarrahmah.com/order/form/56 <<<