DOA TERMAKBUL DENGAN AMALAN SEDEKAH SUBUH

Adakah anda pernah merasai situasi begini ?
✅Hati tidak tenang walaupun banyak harta.
✅Anda dah buat 2 ke 3 kerja, tetapi duit masih tidak cukup.
✅Anda selalu bergaduh dengan rakan sekerja dan ahli keluarga.
✅Anda tidak mempunyai masa untuk keluarga dan beribadah.
BERSEDEKAHLAH! SEMOGA DENGANNYA KITA AKAN KAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.”
( Surah Al-Hadid ayat 18 )
In Shaa Allah, PERCAYA dan YAKINLAH dengan keberkatan sedekah subuh ini, Allah permudahkan semua urusan kita dan memakbulkan setiap doa yang kita harapkan. Amin
Kenali Maahad Tahfiz Al-Quran dan Hadis Ar Rahmah (MTQHR)
Sijil Pendaftaran Di Bawah Negeri Perak.
Maahad Tahfiz Al-Quran dan Hadis Ar-Rahmah (MTQHR) telah ditubuhkan sejak tahun 2016. Terletak di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Perak.
Sebahagian pelajar di sini merupakan golongan asnaf dan kesemua pelajar yang diterima masuk secara percuma tanpa dikenakan sebarang yuran pengajian.
Memandangkan pihak Maahad Tahfiz perlu menampung kos-kos bulanan yang diperlukan. Maka, kos untuk menaik taraf pusat tahfiz dari aspek keselamatan dan keselesaan masih belum mencukupi.
Kini, kami dalam usaha untuk menaik taraf pagar sekolah bagi keselamatan pelajar. Beberapa kes berbahaya melibatkan isu keselamatan pelajar sudah berlaku antaranya:
Kemasukan babi hutan ke dalam kawasan sekolah dengan merempuh pagar sedia ada
Haiwan berbisa seperti ular pernah memasuki kawasan asrama pelajar
Kes pencerobohan orang luar melalui ruangan pagar yang rosak
Selain itu, kami juga dalam usaha untuk membeli tanah baru seluas ¼ ekar bersebelahan tapak madrasah untuk mewujudkan tempat riadah dan rehat bagi keselesaan para pelajar dan ibu bapa ketika sesi lawatan.
Untuk mengenali MTQHR lebih dekat, Anda boleh lihat Video MTQHR di dalam Slot JEJAK RASUL TV 3.
Dana sebanyak RM 141,000.00 diperlukan SEGERA bagi menaik taraf fasiliti dan pembelian tanah untuk Maahad ini.
"Maka apabila engkau menolong seorang Penuntut ilmu dalam membeli buku-buku baginya, atau menyediakan asramanya, atau memberi infak kepadanya, atau yang semisal dengannya, maka engkau akan mendapatkan pahala seperti Penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun." - Asy-Syaikh Ibnul 'Utsaimin rahimahullah.
Menyumbanglah dengan PAKEJ TERBAIK sebanyak RM30 !!
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA !
SEMOGA SUMBANGAN ANDA INI DAPAT MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK BAGI USAHA YANG TELAH ANDA LAKUKAN DI DUNIA
Doalah supaya Allah kuatkan niat dihati untuk terus bersedekah. Jika sekarang anda rasa Ragu-ragu atau Berkira-kira, sebenarnya Syaitan sedang menghasut supaya anda tidak meneruskan perbuatan baik ini.