Akaun tahfizarrahmah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

AYUH TAJA PELAJAR TAHFIZ DENGAN BERKONGSI REZEKI SERENDAH RM10 SAHAJA SETIAP BULAN



Maahad Tahfiz Al-Quran dan Hadis Ar-Rahmah (MTQHR) telah ditubuhkan sejak tahun 2016 di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Perak. 


Maahad ini didirikan di atas tanah wakaf dan kos operasi bulanan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga pewakaf


Kebanyakan 25 orang pelajar di sini datang daripada keluarga asnaf dan ada juga yang merupakan etnik orang asli. Kesemua pelajar tidak dikenakan sebarang yuran sehinggalah tamat pengajian. 


Sebelum ini, kos makanan pelajar dibiayai menggunakan hasil tajaan orang ramai. Namun jumlah tajaan yang diperoleh setiap bulan tidak menentu. Ditambah pula dengan harga barang mentah naik dengan mendadak sekarang sangat membebankan pihak maahad. 


Anggaran kos yang diperlukan sebulan adalah 10 ribu ringgit, ini jumlah terendah mengikut pengiraan kami.


Disebabkan itu, kami ingin mengajak Tuan/Puan yang bermurah hati untuk sama-sama menampun

g kos makanan para pelajar di sini agar mereka tidak lagi perlu mengikat perut apatah lagi terputus bekalan makanan serta dapat belajar dengan selesa. 




KAMI JUGA DALAM USAHA UNTUK MEMBINA TEMPAT RIADAH PELAJAR


Kami dalam proses untuk membeli tanah baru seluas ¼ ekar bersebelahan tapak madrasah untuk dijadikan tempat rehat dan riadah serta memberi keselesaan kepada para pelajar dan ibu bapa ketika sesi lawatan.  


(Gambar/poster)

Ayat cth: “Kami sudah lama menantikan kawasan riadah untuk bermain selepas penat belajar”







JOM BERKONGSI REZEKI SERENDAH RM10 SEBULAN SEKARANG

(hanya 33 sen sehari)


Alhamdulillah, jika anda sudah baca hingga sini, ini menandakan..


Allah rezekikan anda peluang untuk berkongsi rezeki setiap bulan. Jika anda mampu, jom terus daftar sekarang ! 



"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit” - Riwayat Muslim 



AYUH BUAT AUTO-DEBIT SERENDAH RM 10 SEBULAN DENGAN ISI BORANG DI BAWAH


Semoga ada barakahnya buat Tuan/Puan sekeluarga !


Insya-Allah dengan asbab pendaftaran auto-debit setiap bulan ini, Allah permudahkan setiap urusan Tuan Puan, diluaskan pintu rezeki dan dikurniakan ganjaran yang berterusan walaupun sudah tiada di dunia ini nanti. Aamiin!