PELUANG BERAMAL DI HARI ARAFAH

6 AMALAN SUNNAH DI HARI ARAFAH
1. Sebaik-baik doa adalah pada Hari Arafah. ( HR Tirmidzi)
2. Menebarkan amalan soleh termasuk bersedekah.
3. Memohon ampun. Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah.
4. Menjalankan puasa sunnah agar diampuni dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang ( HR Muslim)
JOM MENYUMBANG DI HARI ARAFAH
JOM DAPATKAN PAHALA AMAL DENGAN MEMBERI MAKAN KEPADA 25 ORANG PELAJAR TAHFIZ
Kami dari pihak MTQHR sangat memerlukan PENAJA untuk:
- Taja makanan harian
- Khusus buat 25 orang pelajar tahfiz
- Pelajar juga terdiri daripada anak asnaf & suku Orang Asli
- Sebanyak RM15,000 diperlukan setiap bulan
KENALI KAMI SERBA SEDIKIT
Maahad Tahfiz Al-Quran dan Hadis Ar-Rahmah (MTQHR) telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan terletak di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar Perak.
MTQHR adalah salah satu maahad yang memberikan pengajian percuma kepada semua pelajar mereka. Oleh sebab itu, kos perbelanjaan makanan pelajar selama ini datang dari sokongan ibu bapa serta masyarakat yang bermurah hati.
Sudah ramai pelajar yang cemerlang Al-Quran sejak belajar di tahfiz ini
Daripada langsung tidak tahu membaca Al-Quran, kini adik Zamdan (suku orang asli) berjaya menghafal 30 juzuk dalam masa 2 tahun sahaja.
Lihatlah Ramai Lagi Hafiz Al-Quran Yang Bakal Kita Lahirkan Dengan Berkat Sokongan Anda
Untuk mengenali MTQHR lebih dekat, Anda boleh lihat Video MTQHR di dalam Slot JEJAK RASUL TV 3.
Jom Taja Makanan Harian Para Pelajar
TERIMA KASIH ATAS TAJAAN ANDA !
Kami Doakan Agar Tuan Puan Yang Budiman Dilimpahkan Rezeki Yang Mencurah-curah. Aamiin.